|
|
| Monday, 12-May-2008 09:18 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Eddie PhotoVideo "Photography Class At Sg Tua"
|
|

Thank you to all participants for attending our outdoor photography class yesterday, Sunday 11th May 2008 at Point 3, Sg Tua, Ulu Yam Selangor. Beautiful place and good weather....nasib baik tak hujan, masa survey dulu selalu hujan.
Seperti mana yang kami beritahu, kursus pada kali ini iaitu semalam adalah terhad. Kami tidak mengambil ramai peserta kerana keadaan tempat dan ruang yang minima serta kami dapat memberikan penumpuan yang penuh kepada kesemua peserta. Kami hanya mengambil 5 orang pelajar sahaja. Syukur alhamduliah kesemua faham dengan apa yang diajar dan ilmu yang dipelajari dapat dipraktikan serta gambar2 yang diambil oleh peserta memang superb seperti yang diinginkan serta nampak pro walaupun beliau semuanya adalah baru dalam bidang fotografi. Kami meminta maaf kepada para peserta yang lambat mendaftarkan diri pada kursus kami tempohari, kami tidak menerima penyertaan yang lain kerana tempat terhad. Oleh itu setiap kali kami memberitahu tarikh kursus yang akan dianjurkan anda hendaklah segera menempah supaya tidak kecewa lagi.
Kami mengajar secara details pada kali ini terutamanya menggunakan manual mode yang penuh cabaran.
Cabaran utama peserta ialah teknik panning untuk objek bergerak, peserta diajar mengambil gambar kereta dan motor semasa bergerak. Cabaran kedua mengambil gambar hutan hijau, cabaran ketiga mengambil gambar model (gaya remaja, gaya tradisional kampung dan gaya di air), cabaran keempat mengambil gambar pemandangan, cabaran kelima mengambil gambar air yang mengalir dan cabaran keenam mengambil gambar model beserta air dan pemandangan.

Kesemua peserta 100% diajar menggunakan manual mode pada kamera tanpa menggunakan flash atau speedlight. Kami menggunakan cahaya semulajadi 100%. Gambar2 yang dipaparkan di atas adalah 100% hasil daripada kamera saya D300 tanpa menggunakan editing.
Kepada perserta yang nerminat untuk kursus akan datang anda digalakan emailkan kepada saya di eddie@eddie-photovideo.com subjek "Kursus Fotografi" dan berikan butiran anda serta no ph. Insyallah kursus akan datang kami akan buat pada bulan Jun 2008 dan kemungkinan besar di Putrajaya pula. Kursus ini kami akan mengajar anda mengambil gambar pemandangan, potrait, silhoutte, sunset, night potrait dan pelbagai.

Click Here => More pictures and details
Please contact me personally for booking and enquiries at :
Tempahan dan pertanyaan sila hubungi saya sendiri di :
Leave your phone no, location, place (house, hall or hotel) date and time for us to quote you.
Eddie's PhotoVideo (Full Time And Nationwide Photographer/Videographer)
Lively, Natural And Candid
Click Here => Magazine Album
Click Here => Official website and promotion
Lead Of Photographer & Videographer (CMC Tech Resources 1473564-K)
Hp : (+6)013-3913102
Email : eddie@eddie-photovideo.com (Subject PhotoVideo)
YM : cmctech2004
We cover for nationwide Malaysia, Singapore, Brunei, Indonesia, Thailand and Overseas "International".
Photographer Malaysia | Photography Malaysia | Jurugambar Malaysia | Juruvideo Malaysia | Videographer Malaysia | Videography Malaysia |
|
|
|
|
| Sunday, 27-Apr-2008 15:35 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Outdoor Photography class By Eddie PhotoVideo
|
|
Our next outdoor photography class will be held at Sg Tua, Ulu Yam, Selayang on Sunday 11th May 2008. We are moving from our previous location from Titiwangsa Lake Garden to Sg Tua, Ulu Yam....Sg Tua, Ulu Yam are more challenging and exciting place than before. We teach, show and do on job practical especially for water flow "silky water", scenery, potrait and many more. Come and join us!!!!
Kepada anda semua yang masih mencari dan memerlukan bimbingan serta tunjuk ajar didalam bidang jurugambar. Inilah masanya untuk anda mendapatkan ilmu dari kami di Eddie PhotoVideo.
Kami di Eddie PhotoVideo akan mengajar anda walaupun dengan menggunakan kamera sederhana tetapi hasilnya amat berkualiti. Dengan adanya pengalaman dari dalam dan luar negara, kami sebagai seorang jurugambar professional sepenuh masa akan memberikan tunjuk ajar bagaimana hendak menjadi “seorang jurugambar” dan bukannya “pembawa kamera”. Anda akan diajar pelbagai teknik sebagai seorang jurugambar serta teknik Eddie PhotoVideo yang sebelum ini tidak pernah dedahkan kepada sesiapa melainkan Eddie PhotoVideo team.
Kami di Eddie PhotoVideo telah melahirkan beberapa jurugambar amateur dan professional. Di antara mereka telah menjalankan perniagaan mengambil gambar secara persendirian.
Dengan adanya permintaan dari pelbagai pihak, kami di Eddie PhotoVideo akan mengadakan satu sesi kelas fotografi termasuk 2 orang model kepada anda seperti tertera dibawah :
Tarikh : Ahad, 11hb Mei 2008
Waktu : 8.45pagi - 3.45ptg.
Bertempat : P3 Sg Tua, Ulu Yam, Selayang.
Nota : Hubungi saya untuk menentukan tempat anda untuk berkumpul samada di Giant Gombak/Batu Cave ataupun di Point Ke 3, Ulu Yam.
Gambar yang diambil semasa membuat peninjauan tempat "site survey" untuk kelas fotografi pada 11hb May ini. Gambar asal daripada kamera dan tiada suntingan dibuat serta tanpa meggunakan tripod.
Link lokasi Sg Tua, Ulu Yam : http://go2malaysia.com/53sungeitua.php
Link peta ke Sg Tua, Ulu Yam : http://www.mycen.com.my/map/selayang.html
Siapa yang patut hadir :
1. Semua masyarakat yang mempunyai minat mengambil gambar tetapi tiada pengetahuan asas
2. Mempunyai pengetahuan asas tetapi ingin memahirkan dan mengetahui teknik-teknik
3. Para pelajar yang ingin menambahkan ilmu pengetahuan
4. Jurugambar yang ingin memahirkan lagi teknik-teknik pengambilan gambar
5. Ingin menjadikan bidang jurugambar sebagai kerjaya dan mencipta nama ke peringkat tinggi.
5. Peserta yang telah hadir sebelum ini tetapi ingin memahirkan lagi teknik-teknik pengambilan gambar
Kenapa Eddie PhotoVideo :
* Pengajar yang mempunyai pengalaman didalam dan luar negara serta sepenuh masa di dalam bidang fotografi.
* Telah melahirkan beberapa jurugambar amateur dan professional
* Telah mengambil gambar beberapa tokoh koprat, VVIP, Perdana Menteri serta Timbalan, DYMM yang Dipertua, DYMM Sultan dan DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Aggong Malaysia.
* Hasil kerja beliau pernah dikeluarkan oleh beberapa majalah, surat khabar malah pernah keluar majalah di Holland (Belanda).
* Hanya dengan 4 jam anda boleh mahir dengan teknik-teknik yang diajar.
* Anda akan diajar teknik tiada atau kurang suntingan pada gambar "less editing". Apa yang anda rakamkan, akan terus dicetak!!!
* Para peserta boleh mengajukan pelbagai soalan selepas pembentangan sekiranya tidak faham. Ini memastikan setiap peserta benar-benar memahami setiap subjek yang diajar
* Jumlah peserta yang kecil, membolehkan kami memberikan tumpuan yang lebih kepada anda serta dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih berkesan.
* Yuran yang minimum dan diskaun bagi pelajar.
* Model disediakan bagi memudahkan peserta memahami cara-cara mengambil gambar dengan pelbagai aksi dan teknik.
* Minuman dan makanan sarapan pagi dan tengahari disediakan
* Anda akan didedahkan dengan teknik-teknik yang tidak pernah kami ajarkan sebelum ini iaitu “lively, natural, artistic, candid and detailed”.
* Teknik dan cara penyampaian lebih flexible serta mudah difahami.
* Pertandingan gambar terbaik serta hadiah kepada para pemenang
Gambar yang diambil di air terjun Gunung Ledang, Muar Johor pada bulan Ogos 2007 bersama pasangan pengantin Idzura & Syukur sejurus majlis perkahwinan beliau. Gambar original daripada kamera dan tiada suntingan dibuat.
Keterangan lanjut serta gambar-gambar dan para pemenang kelas fotografi pemenang yang lepas sila ke website rasmi kami di http://www.eddie-photovideo.com dan link terus ke kelas fotografi di http://www.eddie-photovideo.com/Class%20Photography/2008/May/Class%20of%20Photography.htm
Click Here => More pictures and details
Please contact me personally for booking and enquiries at :
Tempahan dan pertanyaan sila hubungi saya sendiri di :
Leave your phone no, location, place (house, hall or hotel) date and time for us to quote you.
Eddie's PhotoVideo (Full Time And Nationwide Photographer/Videographer)
Lively, Natural And Candid
Click Here => Magazine Album
Click Here => Official website and promotion
Lead Of Photographer & Videographer (CMC Tech Resources 1473564-K)
Hp : (+6)013-3913102
Email : eddie@eddie-photovideo.com (Subject PhotoVideo)
YM : cmctech2004
We cover for nationwide Malaysia, Singapore, Brunei, Indonesia, Thailand and Overseas "International".
Photographer Malaysia | Photography Malaysia | Jurugambar Malaysia | Juruvideo Malaysia | Videographer Malaysia | Videography Malaysia |
|
|
|
|
| Tuesday, 22-Apr-2008 20:14 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Azmi & Associates
|
|
Our new corporate photo for Azmi & Associates. The photo was taken by me end of March 2008, sorry baru nak upload hehehe. Our touch are different look more natural, happy and smile
Group photo was held at Azmi & Associates office somewhere in Star Hill, Kuala Lumpur. We do 2 types of photo style which is group and headshots photos. Bukan senang nak buat para pelanggan kami tersenyum and ketawa lebar ni. Para pelanggan kami di Azmi & Associates kesemuanya adalah peguam dan salah satu syarikat peguam yang terbesar di Malaysia.

Sample of headshots by Eddie PhotoVideo
Outdoor Photography Class By Eddie PhotoVideo "11th May 2008" details at http://www.eddie-photovideo.com
Click Here => More pictures and details
Please contact me personally for booking and enquiries at :
Tempahan dan pertanyaan sila hubungi saya sendiri di :
Leave your phone no, location, place (house, hall or hotel) date and time for us to quote you.
Eddie's PhotoVideo (Full Time And Nationwide Photographer/Videographer)
Lively, Natural And Candid
Click Here => Magazine Album
Click Here => Official website and promotion
Lead Of Photographer & Videographer (CMC Tech Resources 1473564-K)
Hp : (+6)013-3913102
Email : eddie@eddie-photovideo.com (Subject PhotoVideo)
YM : cmctech2004
We cover for nationwide Malaysia, Singapore, Brunei, Indonesia, Thailand and Overseas "International".
Photographer Malaysia | Photography Malaysia | Jurugambar Malaysia | Juruvideo Malaysia | Videographer Malaysia | Videography Malaysia |
|
|
|
|
| Wednesday, 16-Apr-2008 07:36 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kelas Fotografi Oleh Eddie PhotoVideo
|
|
Kelas outdoor Eddie PhotoVideo telah mendapat sambutan yang amat menggalakan dari seluruh pelusuk Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Peserta yang paling jauh datang kali ini ialah 2 orang peserta dari Johor Bahru, Johor iaitu Mohd. Ikram dan Sharifah Nooraidah. Peserta dari Sarawak dan Melaka last minit tak dapat datang kerana ada sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan.
Kami bersyukur kerana cuaca pada pagi tersebut amat baik dan tidak seperti kelas pada bulan lepas dimana hujan lebat sebelah pagi sehinggalah ke pukul 10.30am. Walaubagaimanapun pada kelas kami baru ini, hujan turun setelah kami menamatkan kelas fotografi outdoor. So kira oklah cukup-cukup masa sahaja.
Seperti sedia maklum kami mengajar kepada semua anak murid kami cara atau teknik yang berkesan dimana gambar yang diambil terus print dan tidak perlu editing atau touch up. Gambar-gambar contoh dibawah ini adalah tanpa menggunakan editing dan datangnya dari kamera kami (D300 dan D80)
Kami telah bertukar lokasi pengembaraan walaupun tempatnya sama dengan bulan yang lepas di Tasik Titiwangsa. Lokasi kali ini amat menarik dan cabarannya ialah untuk mendapatkan reflection atau bayangan eye on Malaysia di dalam gambar.
Untuk kursus kali ini kami menghadkan kepada 10 orang peserta sahaja bagi mengawal dan memberikan ilmu serta tunjuk ajar yang lebih baik. Kami terpaksa menolak permohonan peserta yang mendaftar lambat dan walk in kerana limit hanya 10 orang sahaja. Peserta bulan lepas ialah seramai 18 orang.
Insyallah jika tiada aral melintang kami akan membuat satu lagi kursus yang seumpama ini tetapi dengan cabaran yang lebih besar iaitu banyak menggunakan cahaya sekeliling, speed dan aparture pada kamera. Lokasi insyallah samada di Templer Park, Hulu Langat ataupun di Ulu Yam. Kami cuba membawa anda kelainan dan memberikan gambaran sebenar bagaimana hendak menggunakan cahaya sekeliling, speed dan aparture pada kamera anda. Kami akan mengajar anda bagaimana mengambil gambar aliran air yang mengalir, pemandangan dan potret serta ketiga2 object dalam masa yang sama.
Insyallah dalam awal atau pertengahan bulan 5 iaitu sebelum bermulanya cuti sekolah. Cuti sekolah minta maaflah sebab kami dah fully book.
Jika anda berminat dengan kelas outdoor yang akan datang sila email dan register kepada kami secara percuma di eddie@eddie-photovideo.com subjek : kursus foto. Kami akan update dan memberitahu anda tentang kelas yang akan dianjurkan melalui email.
Gambar berkumpulan bagi kursus fotografi pada 13hb April 2008.
Click Here => More pictures and details
Please contact me personally for booking and enquiries at :
Tempahan dan pertanyaan sila hubungi saya sendiri di :
Leave your phone no, location, place (house, hall or hotel) date and time for us to quote you.
Eddie's PhotoVideo (Full Time And Nationwide Photographer/Videographer)
Lively, Natural And Candid
Click Here => Magazine Album
Click Here => Official website and promotion
Lead Of Photographer & Videographer (CMC Tech Resources 1473564-K)
Hp : (+6)013-3913102
Email : eddie@eddie-photovideo.com (Subject PhotoVideo)
YM : cmctech2004
We cover for nationwide Malaysia, Singapore, Brunei, Indonesia, Thailand and Overseas "International".
Photographer Malaysia | Photography Malaysia | Jurugambar Malaysia | Juruvideo Malaysia | Videographer Malaysia | Videography Malaysia |
|
|
|
|
| Tuesday, 15-Apr-2008 04:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Perhimpunan PKR
|
|
Kami Eddie PhotoVideo adalah jurugambar rasmi yang telah diberikan kepercayaan oleh PKR cawangan Batu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kami berbesar hati kerana mendapat membuat liputan dari mula hinggalah ke press conference bersama beberapa jurugambar dan jurufoto media tempatan dan luar negara. Majlis diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, Kuala Lumpur pada hari Isnin 14hb April 2008.
Memang ramai yang datang dan penuh satu padang bola sampailah ke bahagian luar. Ada juga yang memanjat bumbung dewan dan ada juga yang duduk di luar pagar. Kira-kira hampir 10,000 orang termasuk pelbagai kaum India, Cina dan Melayu yang datang. Jurugambar dan video dari media dan stesen TV tempatan serta luar negara pun ramai sampaikan berasak-asak macam nak tgk konsert ajee. Semasa "press conference" bersama media saya berkesempatan berjumpa dengan Abg Jinggo "minaq jinggo" yang selalu mengambil gambar2 majlis-majlis keraian, konsert dan pelbagai gambar tokoh2 politik esp Tun Dr Mahathir. Nice to meet you Bro Jinggo...Nanti kalau senang boleh ikut Abg Jinggo menembak gambar Tun Mahathir hehehehe.
Last sekali ambil gambar bersama dengan Abg Jinggo
Click Here => More pictures and details
Please contact me personally for booking and enquiries at :
Tempahan dan pertanyaan sila hubungi saya sendiri di :
Leave your phone no, location, place (house, hall or hotel) date and time for us to quote you.
Eddie's PhotoVideo (Full Time And Nationwide Photographer/Videographer)
Lively, Natural And Candid
Click Here => Magazine Album
Click Here => Official website and promotion
Lead Of Photographer & Videographer (CMC Tech Resources 1473564-K)
Hp : (+6)013-3913102
Email : eddie@eddie-photovideo.com (Subject PhotoVideo)
YM : cmctech2004
We cover for nationwide Malaysia, Singapore, Brunei, Indonesia, Thailand and Overseas "International".
Photographer Malaysia | Photography Malaysia | Jurugambar Malaysia | Juruvideo Malaysia | Videographer Malaysia | Videography Malaysia |
|
|
|
|
| Monday, 14-Apr-2008 09:17 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Innobio Corporate Photo Shots
|
|
Di Dalam Kilang Pemprosesan
Akhirnya dapat juga kami dan team berehat sebentar dan memperbahrui serta buat apa yang patut kat fotopages dan lain-lain. Kami amat sibuk iaitu sejak pertengahan bulan 3 sehinggalah semalam, setiap hari termasuklah weekend ada sahaja kerja-kerja yang hendak dilakukan mahupun dalam acara perkahwinan, koprat, pameran pengantin, kelas fotografi dan lain-lain.
Kami bersyukur kerana kelas fotografi yang dianjurkan oleh kami di Eddie PhotoVideo semalam berjalan dengan lancar dan mengikut jadual. Kami bernasib baik kerana setelah tamat kelas hujan baru turun dalam pukul 3.45 ptg. Semua peserta juga kelihatan letih tapi bersemangat untuk belajar mengambil gambar. Insyallah kelas seterusnya kami akan menukarkan lokasi yang lebih mencabar dan kemungkinan besar akan dibuat di jeram atau pun air terjun yang mempunyai hutan hijau. Sesiapa yang berminat bolehlah add saya di YM iaitu cmctech2004 Kami akan menghantar buletin melalui YM.
Gambar Potrait "Director Of Innobio"
Becerita tentang topik kali ini ialah gambar koprat yang ditangkap oleh kami pada bulan Mac lepas di pusat penyelidikan dan kilang Innobio di Nilai, Negeri Sembilan. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn Nur Asma serta warga Innobio terutamanya pengerusi, lembaga pengarah dan CEO yang telah memberikan kepercayaan kepada kami di Eddie PhotoVideo merakamkan potrait dan gambar berkumpulan.
Insyallah kita berjumpa lagi di Hotel Maya, Kuala Lumpur untuk director meeting. Kami juga berbesar hati kerana memanggil kami semula untuk merakamkan gambar bagi mesyuarat lembaga pengarah.
Selain daripada Innobio kami juga dapat merakamkan gambar dan video beberapa buah syarikat koprat yang lain yang mengambil perkhidmatan kami. Kami melangkah kehadapan dan tidak akan menoleh kebelakang cuma pengalaman yang silam mengajar kami kejayaan. Saya sanggup meletakan jawatan sebagai Pengurus Teknikal "Technical Manager" TMNet untuk memenuhi matlamat saya membuka syarikat yang berteraskan Photo, Video Dan Multimedia.
Terima kasih kepada para pelanggan yang telah mengambil perkhidmatan dan menyokong kami. Kerana anda kami sampai ke tahap ini.
Para Saintis Dan Doktor Membuat Kajian Di Makmal Dan Kilang Pemprosesan
Click Here => More pictures and details
Please contact me personally for booking and enquiries at :
Tempahan dan pertanyaan sila hubungi saya sendiri di :
Leave your phone no, location, place (house, hall or hotel) date and time for us to quote you.
Eddie's PhotoVideo (Full Time And Nationwide Photographer/Videographer)
Lively, Natural And Candid
Click Here => Magazine Album
Click Here => Official website and promotion
Lead Of Photographer & Videographer (CMC Tech Resources 1473564-K)
Hp : (+6)013-3913102
Email : eddie@eddie-photovideo.com (Subject PhotoVideo)
YM : cmctech2004
We cover for nationwide Malaysia, Singapore, Brunei, Indonesia, Thailand and Overseas "International".
Photographer Malaysia | Photography Malaysia | Jurugambar Malaysia | Juruvideo Malaysia | Videographer Malaysia | Videography Malaysia |
|
|
|
|
| Wednesday, 9-Apr-2008 17:24 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Come And Join Us At Eddie PhotoVideo New Apprentice
|
|
Selain itu, anda hendaklah sekurang-kurangnya mempunyai sijil atau diploma didalam bidang yang berkaitan. Jika tidak sama bidang anda hendaklah mempunyai pengalaman dan minat yang mendalam serta mempunyai keyakinan diri dan bertanggungjawab.
Kami akan mengajar anda mengikut tahap pengalaman anda di dalam bidang yang berkenaan. Peralatan lengkap akan dibekalkan iaitu seperti kamera dan video kepada anda yang layak. Jika anda mempunyai kamera sendiri ianya adalah sebagai satu bonus.
Anda hendaklah berumur 20 tahun ke atas dan 26 tahun ke bawah. Kami akan menilai anda semasa temuduga dijalankan. Lepasan pelajar "fresh graduate" digalakan memohon.
Syarat-syarat lain.
1. Mempunyai kenderaan sendiri motor atau kereta
2. Tinggal di kawasan Kuala Lumpur
3. Ingin belajar
4. Boleh membuat kerja di luar kawasan Kuala Lumpur
5. Boleh bekerja hujung minggu dan cuti umum (cuti akan dipindahkan kepada hari bekerja).
Jika anda mempunyai bakat dan memenuhi syarat seperti diatas sila emailkan resume anda secara lengkap kepada kami di eddie@eddie-photovideo.com dengan tajuk email "resume" atau hubungi saya di 013-3913102.
Kenapa Eddie PhotoVideo?
1. Salah satu syarikat yang mempunyai nama besar di dalam industri fotografi, videografi dan multimedia yang besar di Malaysia.
2. Tugas dan kerja yang fleksibel
3. Dapat melancong sambil bekerja
4. Semua pembiayaan "outstation" dan hotel dibayar
5. Dapat membuat liputan untuk semua program termasuk VVIP dan badan-badan koprat.
6. Komisyen
7. Dan pelbagai
Jangan lepaskan peluang keemasan ini..... Sebarkan kepada kekawan atau saudara mara anda yang masih lagi mencari pekerjaan. Emailkan resume ke eddie@eddie-photovideo.com
Click Here => More pictures and details
Please contact me personally for booking and enquiries at :
Tempahan dan pertanyaan sila hubungi saya sendiri di :
Leave your phone no, location, place (house, hall or hotel) date and time for us to quote you.
Eddie's PhotoVideo (Full Time And Nationwide Photographer/Videographer)
Lively, Natural And Candid
Click Here => Magazine Album
Click Here => Official website and promotion
Lead Of Photographer & Videographer (CMC Tech Resources 1473564-K)
Hp : (+6)013-3913102
Email : eddie@eddie-photovideo.com or cmctech2004@yahoo.co.uk (Subject PhotoVideo)
YM : cmctech2004
We cover for nationwide Malaysia, Singapore, Brunei, Indonesia, Thailand and Overseas "International"
Photographer Malaysia | Photography Malaysia | Jurugambar Malaysia | Juruvideo Malaysia | Videographer Malaysia | Videography Malaysia |
|
|
|
|
| Monday, 7-Apr-2008 18:28 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Wedding Exhibition At plaza Alam Sentral
|
|
Terima kasih kepada para pengunjung yang telah singgah di kedai kami di Pameran Pengantin Di Plaza Alam Sentral, Shah Alam baru-baru ini. Kami baru sahaja menamatkan promosi besar-besaran kami dari 3hb April sehingga 6hb April 2008. Pelbagai tawaran menarik dimana harga dan pelbagai hadiah percuma diberikan semasa pameran tersebut berlangsung.
Kami telah membuka 3 meja banquet dengan meletakan 12 album yang mempunyai pelbagai saiz dari kecil sehinggalah yang paling besar, pilihan muka surat, pilihan kulit album, design dan pelbagai serta termasuk video movie untuk para pelanggan memilih mengikut citarasa dan budget.
Tempahan online dibuka bagi mendapatkan harga promosi dan akan tamat pada hari Selasa, 15hb April 2008.
Kami tidak menyangka dimana kedai kami begitu sesak dengan pengunjung dan meminta maaf kepada anda yang sanggup beratur untuk melihat contoh album dan video kami. Kami dan krew seramai 4 orang meminta maaf sekiranya tidak dapat melayan anda sepenuhnya kerana anda terpaksa mengikut giliran untuk berbincang dengan saya.
Oleh itu dikesempatan ini kami memberikan anda peluang sekali lagi dimana kami melanjutkan promosi bagi tempahan online bermula dari hari ini sehingga hari Selasa, 15hb April 2008 kepada para pengunjung atau anda yang tidak berkesempatan hadir di pameran tersebut. So jangan tunggu lagi kerana inilah peluang untuk mendapatkan perkhidmatan kami dengan pelbagai hadiah percuma dan harga yang telah dikurangkan.
Untuk makluman, keadaan begitu sesak sekali terutamanya waktu tengahari sehingga pukul 9malam. Kami terpaksa menahan lapar kerana tidak dapat makan tengahari dan malam serta bersyukur kerana dapat mengalas perut dengan roti sahaja. Hampir 30 jam tak makan....tutup kedai pun dah kat pukul 10.00 malam dan nak berkemas lagi. Bila sampai KL nak kena update bill dan macam2 sampai tak larat nak tidur ajee. Keesokannya bertolak awal nak buka kedai semula.
Dikesempatan ini kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda yang telah menempah kami semasa berlangsungnya hari pameran tersebut dan membuat pilihan yang tepat dengan memilih kami sebagai anda punya jurugambar dan juruvideo. Kami tidak menyangka dimana kami mendapat tempahan daripada pelanggan yang akan mengadakan majlis perkahwinan di Utara (Kedah, Perak dan Penang), Pantai Timur (Kelantan, Trengganu dan Pahang), Selatan (Johor, Melaka dan Seremban) dan Borneo (Sarawak).
Jika anda belum membuat tempahan silalah buat tempahan awal bagi mengelakan jadual kami penuh. Tempahan online dibuka bagi mendapatkan harga promosi dan akan tamat pada hari Selasa, 15hb April 2008.
Kursus Fotografi Oleh Eddie PhotoVideo Pada 13hb April 2008
Untuk keterangan lanjut tentang kursus yang bakal diadakan sila ke link ini http://www.eddie-photovideo.com/Class%20of%20Photography.htm dan untuk melihat gambar-gambar kursus yang diadakan sebelum ini serta pertandingan gambar terbaik yang diambil semasa kursus sila ke webiste utama kami di http://www.eddie-photovideo.com
Click Here => More pictures and details
Please contact me personally for booking and enquiries at :
Tempahan dan pertanyaan sila hubungi saya sendiri di :
Leave your phone no, location, place (house, hall or hotel) date and time for us to quote you.
Eddie's PhotoVideo (Full Time And Nationwide Photographer/Videographer)
Lively, Natural And Candid
Click Here => Magazine Album
Click Here => Official website and promotion
Lead Of Photographer & Videographer (CMC Tech Resources 1473564-K)
Hp : (+6)013-3913102
Email : eddie@eddie-photovideo.com or cmctech2004@yahoo.co.uk (Subject PhotoVideo)
YM : cmctech2004
We cover for nationwide Malaysia, Singapore, Brunei, Indonesia, Thailand and Overseas "International".
Photographer Malaysia | Photography Malaysia | Jurugambar Malaysia | Juruvideo Malaysia | Videographer Malaysia | Videography Malaysia |
|
|
|
|
| Wednesday, 2-Apr-2008 03:23 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Pameran Pengantin 2008 (3rd - 6th April 2008)
|
|
Kami meminta maaf bebanyak kerana agak lambat nak upload gambar2 terkini, ada lebih kurang 10 entry tak upload lagi. Kami amat atau begitu sibuk sekali dengan pelbagai photo dan video shoot termasuklah badan koprat, kerajaan, perkahwinan, pertunangan dan komersial.
Walaubagaimanapun kami cuba yang terbaik untuk memberikan laluan iklan atau apa-apa sahaja yang terlintas untuk diberitahu kepada anda semua.
Berita baik untuk anda, sedara atau kekawan anda yang akan mendirikan rumahtangga, bertunang atau mengambil gambar bagi meraikan ulang tahun majlis perkahwinan di rumah, studio atau outdoor.
Tahukah anda pada hari khamis 3hb April 2008 hingga hari Ahad 6 April ini akan berlangsung PAMERAN PENGANTIN di PLAZA ALAM SENTRAL, SHAH ALAM. Pameran ini akan berlangsung dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Silalah datang beramai-ramai kerana gerai kami berada disana "gerai jurugambar dan juruvideo Eddie PhotoVideo terletak di no 13". Perkahwinan hanya sekali seumur hidup dan tidak boleh berulang kali, oleh itu dapatkan perkhidmatan dan sentuhan kami. Sentuhan hidup, semulajadi, kandid, kesenian dan terperinci ataupun “lively, natural, candid, artistic and detailed” menceritakan detik sejarah kisah hidup anda dari zaman bujang ataupun anak dara sehinggalah detik-detik menjadi suami ataupun isteri.
Pelbagai acara menarik akan diadakan dan tawaran yang sukar didapati dari Eddie PhotoVideo di pameran ini. Anda juga boleh membuat tempahan dengan mudah di pameran ini “hanya 4 hari sahaja”. Tempat adalah terhad.
Percuma :
- Gambar outdoor bernilai RM799
- Special album bag
- Gambar besar (8x12 dan 12x18)
- Online gallery
Dan pelbagai tawaran yang lain.
Deposit hanya RM250 sahaja bagi satu event. Kebiasaan kami akan cas 50% deposit atau sekurang-kurangnya RM500. Kami juga menyediakan bayaran ansuran 0% untuk anda.
Nak tahu lebih lanjut temui kami di gerai no 13, Plaza Alam Sentral. Kalau tak jumpa hubungi kami di 013-3913102.
Cepat..tinggal beberapa hari lagi ini...Rancanglah bersama tunang anda untuk ke sana! Beritahu kekawan dan sedara mara yang nak kahwin tu sekali kerana tawaran dari Eddie PhotoVideo memang berbaloi. Tempahan dibuka sehingga tahun 2009.
Click Here => More pictures and details
Please contact me personally for booking and enquiries at :
Tempahan dan pertanyaan sila hubungi saya sendiri di :
Leave your phone no, location, place (house, hall or hotel) date and time for us to quote you.
Eddie's PhotoVideo (Full Time And Nationwide Photographer/Videographer)
Lively, Natural And Candid
Click Here => Magazine Album
Click Here => Official website and promotion
Lead Of Photographer & Videographer (CMC Tech Resources 1473564-K)
Hp : (+6)013-3913102
Email : eddie@eddie-photovideo.com or cmctech2004@yahoo.co.uk (Subject PhotoVideo)
YM : cmctech2004
We cover for nationwide Malaysia, Singapore, Brunei, Indonesia, Thailand and Overseas "International".
Photographer Malaysia | Photography Malaysia | Jurugambar Malaysia | Juruvideo Malaysia | Videographer Malaysia | Videography Malaysia |
|
|
|
|
| Friday, 28-Mar-2008 10:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
F1 Fever
|
| |